fb fb fb fb fb

Jepun siap sedia hadapi salji tebal

 (Foto hiasan/AFP)

TOKYO, 23 Januari- Jepun kini bersiap sedia menghadapi salji tebal yang diramal akan melanda negara itu mulai esok.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran akan berlaku tiupan jisim udara paling sejuk pada musim ini yang boleh menyebabkan bencana.

Menurutnya, situasi itu boleh membawa gangguan kepada lalu lintas akibat salji tebal dan ribut salji.

Justeru, agensi itu menggesa orang ramai secara umum untuk segera melakukan persiapan.

JMA menyatakan, paip air juga boleh membeku dan mungkin berlaku gangguan bekalan elektrik.

Selain itu, orang ramai yang tiada keperluan untuk keluar rumah, dinasihat agar terus berada di dalam rumah.

Kawasan yang berhadapan dengan pantai laut Jepun dari utara ke barat Jepun turut dijangka mengalami salji lebat dan ribut salji bermula esok hingga Khamis.

Dalam masa dua hari, timbunan salji mungkin mampu mencecah sedalam 100 sentimeter di kawasan tengah Jepun dengan angin di beberapa wilayah melebihi 82 kilometer sejam.

(Foto hiasan/AFP)

Media Baharu