fb fb fb fb fb

Indonesia larang makan snek 'dragon's breath'

(Foto fail)

JAKARTA, 23 Januari- Sekurang-kurangnya 20 orang kanak-kanak di Indonesia mengalami masalah kesihatan selepas memakan snek bersalut nitrogen cecair yang digelar 'dragon's breath'.

Snek itu mula popular di Indonesia selepas video mengenainya tular di media sosial terutama aplikasi TikTok.

Akibat tertarik dengan keunikannya, ramai kanak-kanak di negara itu mengalami keracunan makanan dan kerosakan organ dalaman selepas mencuba snek tersebut.

Situasi itu mendorong pihak berkuasa kesihatan Indonesia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambilnya.

Snek tersebut digelar 'dragon's breath' kerana kepulan asap yang dikeluarkan apabila dimakan.

Ia merangkumi pelbagai jenis gula-gula atau bijirin berwarna-warni disalut dengan nitrogen cecair dan coklat.

Kementerian Kesihatan Indonesia menjelaskan, nitrogen cecair boleh mencapai suhu -190 darjah celsius dan jika terkena kulit boleh menyebabkan radang atau melecur.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Penggunaan nitrogen cecair dalam penyediaan makanan bukanlah sesuatu yang baharu kerana ramai chef terkemuka menggunakan kesan wap yang dihasilkan sebagai gimik hidangan mereka. 

(Foto fail)

Media Baharu