fb fb fb fb fb

Tarif automotif akan dikurangkan - Setiausaha Perdagangan AS

Kereta di Pelabuhan Baltimore, Maryland/ Reuters

WASHINGTON, 29 April- Pentadbiran Presiden Donald Trump akan mengurangkan kesan tarif automotif pada Selasa dengan mengurangkan beberapa duti yang dikenakan ke atas alat ganti asing dalam kereta keluaran dalam negara itu dan mengekalkan tarif ke atas kereta yang dibuat di luar negara, kata Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick.

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan, "Presiden Trump sedang membina perkongsian penting dengan kedua-dua pembuat kereta domestik dan pekerja negara itu.

"Perjanjian berkenaan memberi ganjaran kepada syarikat pengeluaran dalam negeri dan ia merupakan ruang kepada pengilang untuk melabur di Amerika dan mengembangkan sektor pembuatan domestik," menurut kenyataan itu.

Sementara itu pembuat kereta menjangkakan Trump akan memberi pelepasan tarif kereta menjelang perjalanannya ke Michigan -- lokasi pembuat kereta Detroit Three dan lebih daripada 1,000 pembekal kereta utama.

Minggu lalu, gabungan kumpulan industri kereta AS menggesa Trump supaya tidak mengenakan tarif 25 peratus ke atas alat ganti kereta yang diimport.

Ke arah itu pengeluar kenderaan terpaksa mengurangkan jualan kenderaan dan menaikkan harga bagi mendepani cabaran kenaikan tarif.

Sebelum ini Trump merancang untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas alat ganti kereta selewat-lewatnya 3 Mei.

"Tarif ke atas alat ganti kereta akan menjejaskan rantaian bekalan automotif global dan mencetuskan kesan domino yang akan membawa kepada harga kereta yang lebih tinggi untuk pengguna selain menjejaskan jualan.

"Perkara itu juga akan memberi kesan kepada harga servis dan pembaikan kenderaan. Ia dijangka lebih mahal berbanding harga semasa," menurut kumpulan industri itu.

Surat daripada kumpulan yang mewakili General Motors, Toyota Motor, Volkswagen, Hyundai dan lain-lain, telah dihantar kepada Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer, Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent dan Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick.

"Kebanyakan pembekal kereta dijangka mengalami gangguan harga kereta disebabkan tarif secara tiba-tiba. Dijangkakan ia akan menghadapi masalah dalam pengeluaran, pemberhentian pekerja bahkan kemungkinan muflis," tambah surat itu.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI