fb fb fb fb fb

Tanah runtuh Kepulauan Riau: 11 maut, berpuluh hilang

(Orang ramai melihat dan memeriksa kerosakan di sebuah kampung
 akibat tanah runtuh di Natuna di Provinsi Riau, Indonesia/BNPB)

JAKARTA, 6 Mac- Sebelas orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain hilang selepas hujan lebat dan tanah runtuh melanda salah satu pulau paling jauh dalam rangkaian kepulauan Indonesia, kata agensi bencana negara itu.

Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Negara Abdul Muhari ketika diwawancara Kompas TV berkata, menurut maklumat terkini daripada pegawai tempatan di Kepulauan Riau, "11 beg mayat telah diisi" dan "50 orang dianggarkan hilang".

Gambar yang disediakan oleh agensi itu menunjukkan lumpur dan serpihan tanah runtuh telah rata dan menutupi sepenuhnya rumah-rumah berhampiran tepi tebing di Pulau Serasan, yang terletak di antara Borneo dengan tanah besar Malaysia.

Kelihatan bahagian bumbung logam yang koyak.

Jurucakap Agensi Tebatan Bencana Kepulauan Riau Junainah menambah, rangkaian komunikasi di kawasan terbabit terputus menyebabkan sukar untuk mendapatkan maklumat terkini.

"Cuaca tidak menentu. Angin kencang dan ombak ketika ini tinggi," kata pegawai itu, yang seperti kebanyakan rakyat Indonesia menggunakan satu nama.

Muhari menambah bahawa akses ke pulau terpencil itu juga sukar bagi pasukan penyelamat.

“Biasanya ia mengambil masa lima jam dengan bot laju,” katanya. “Esok Agensi Mitigasi Bencana Negara akan mengerahkan helikopter untuk mempercepat proses penghantaran logistik,” ujar beliau. -AFP

(Tanah runtuh Kepulauan Riau: 11 maut, berpuluh hilang/AFP)

Media Baharu