fb fb fb fb fb

Pengakap Mexico cipta bunga lili gergasi daripada tin minuman

MEXICO, 6 Mac - Pengakap Mexico menggunakan tin minuman untuk membentuk fleur-de-lis (bunga lili) sepanjang lebih 90 meter di Zocalo, di Mexico City sebagai mempromosi program kitar semula.

Pengakap seluruh negara berkumpul di ibu negara membawa tin bagi memperingati 96 tahun Persatuan Pengakap, di negara itu.

Selepas bunga gergasi itu disusun, semua peserta berlari ke arah tin-tin dan menghentakkannya untuk dijadikan bahan kitar semula.

(FOTO REUTERS)

Menurut ketua pertubuhan di Mexico Pedro Diaz Maya, "wang yang dikumpul menerusi tindakan itu akan disumbangkan kepada rumah anak yatim kerajaan dan mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye." REUTERS

Media Baharu