fb fb fb fb fb

Mangsa buruh paksa Korea Selatan tolak pelan pampasan kerajaan

SEOUL, 6 Mac - Semua mangsa buruh paksa Korea Selatan tidak bersetuju menerima pampasan, menerusi rancangan kerajaan untuk memberi pampasan kepada rakyat yang terpaksa bekerja bawah pendudukan Jepun 1910-1945 di Korea melalui yayasan awamnya.

"Itu menggambarkan sikap tidak profesional (kerajaan Korea Selatan) terhadap Jepun yang membawa kepada resolusi memalukan hari ini," kata pengarah kumpulan sivik yang bekerja dengan mangsa buruh paksa, Kim Young-hwan, kepada pemberita pada sidang akhbar di sini.

Bawah rancangan kerajaan, Korea Selatan akan memberi pampasan kepada bekas buruh paksa melalui yayasan awam sedia ada yang dibiayai syarikat sektor swasta.

Sebahagian daripada 15 plaintif merancang untuk menolak rancangan itu dan menetapkan untuk ke peringkat undang-undang seterusnya.

(FOTO REUTERS)

Hubungan antara Korea Selatan dan Jepun tidak baik sejak beberapa dekat lalu selepas Mahkamah Agung Korea Selatan pada 2018 mengarahkan firma Jepun membayar ganti rugi kepada bekas buruh paksa.

15 rakyat Korea Selatan memenangi kes, namun tiada satu pun yang diberi pampasan. - REUTERS

Media Baharu