fb fb fb fb fb

Sembilan askar maut serangan pengebom bunuh diri

(Pegawai keselamatan memeriksa tapak selepas letupan berani mati yang membawa
maut ke atas trak polis di Balochistan, barat daya Pakistan/AFP)

SIBI, 6 Mac- Sembilan anggota tentera maut manakala tujuh lagi cedera dalam serangan pengebom bunuh diri di barat daya Pakistan.

Menurut jurucakap tentera, serangan berhampiran daerah Sibbi, wilayah Balochistan itu menyasarkan trak yang membawa sepasukan askar.

Angka kematian dijangka meningkat memandangkan ramai mangsa yang cedera dilaporkan kritikal.

Perdana Menteri Shehbaz Sharif yang kini berada di Qatar mengecam insiden itu.

Beliau mengarahkan agensi keselamatan supaya membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Sehingga kini, tiada kumpulan mengaku mendalangi serangan itu.

Wilayah itu merupakan laluan utama projek Koridor Ekonomi China-Pakistan bernilai AS$64 bilion, yang menghubungkan wilayah Xinxiang barat laut China ke pelabuhan Gawadar di Balochistan.

(Sembilan askar maut serangan pengebom bunuh diri/AFP)

 

 

 

Media Baharu