fb fb fb fb fb

Garis panduan akan diperkenalkan jamin keselamatan aplikasi, peranti penjawat awam

(Fahmi Fadzil menyampaikan amanatnya pada Perhimpunan Bulanan
Kementerian Komunikasi dan Digital/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Satu kaedah kawal selia atau garis panduan untuk menjamin keselamatan aplikasi dan peranti yang diguna pakai penjawat awam, akan diteliti.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, ia bagi menjamin kerahsiaan kerajaan.

Menurut beliau, Cyber Security Malaysia telah diarah meneliti beberapa aspek penting berhubung isu keselamatan melibatkan penggunaan aplikasi media sosial di pejabat dan agensi kerajaan.

"Kerana kita tidak mahu, satu, berlaku apa-apa pelanggaran terhadap Akta Rahsia Rasmi contohnya..kerana seringkali penjawat awam bertugas, kita berdepan dengan keadaan dokumaen-dokumen yang kita pegang mungkin bersifat terkelas. Jadi aspek keselamatan itu sangat penting," kata Fahmi kepada media di sini.

Setelah CSM selesai membuat penilaian, kementeriannya akan mengadakan perbincangan bersama kementerian dan agensi lain dengan fokus tertumpu kepada usaha menyediakan rangka kawal selia aplikasi dan peranti yang akan digunakan penjawat awam.

(Fahmi Garis panduan akan diperkenalkan jamin keselamatan aplikasi, peranti penjawat
awam)

Media Baharu