fb fb fb fb fb

Ukraine ikrar perkukuh pertahanan di barisan hadapan Bakhmut

(Askar Ukraine menaiki kenderaan tempur infantri di sepanjang
jalan tidak jauh dari Bakhmut, wilayah Donetsk/AFP)

KIEV, 6 Mac- Ukraine berjanji memperkukuh pertahanannya di barisan hadapan Bakhmut, selepas terbit laporan bahawa Kiev menarik diri dari bandar itu yang menjadi hadiah simbolik peperangan.

Bandar timur Ukraine itu telah hampir diratakan dalam pertempuran paling lama dan paling berdarah sejak pencerobohan Rusia selama lebih setahun.

Malahan tentera Ukraine dalam laporannya mengakui berhadapan keadaan yang semakin sukar di sekitar Bakhmut sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Beberapa penganalisis percaya, Kiev mungkin telah memulakan pengunduran strategik.

Institut Kajian Perang yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata tentera Ukraine mungkin telah memulakan pengunduran strategik dari bandar itu.

"Pasukan Ukraine berkemungkinan melakukan pengunduran taktikal terhad di Bakhmut.

"Namun masih terlalu awal untuk menilai niat Ukraine berhubung penarikan sepenuhnya dari bandar itu," katanya dalam nota analisis baru-baru ini.

Tetapi Presiden Volodymyr Zelensky selepas mengadakan pertemuan dengan komander tertinggi hari ini menegaskan bahawa tentera Ukraine akan "meneruskan operasi pertahanan dan mengukuhkan lagi kedudukan kami di Bakhmut." -AFP

(Anggota tentera Ukraine menyalakan api dengan serbuk pistol untuk menghangatkan
badan berhampiran bandar Bakhmut di wilayah Donbas/AFP)

Media Baharu