fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Tambak sungai pecah, ribuan rumah di Thailand dibanjiri

(Keadaan banjir di Thailand/REUTERS)

THAILAND, 3 Oktober- Lebih 2,000 isi rumah di Sukhothai terjejas akibat banjir selepas benteng di sepanjang Sungai Yom pecah akibat hujan lebat di wilayah utara Thailand, menurut Timbalan Perdana Menteri Thailand Somsak Thapsutin.

Penduduk Sukhothai berkata banjir itu merupakan yang paling teruk pernah dialami dan paras air telah meningkat dengan ketara di Sungai Yom tahun ini.

Menurut penduduk tempatan yang ditemui berkata, sebelum ini banjir pernah berlaku namun paras airnya "tidak setinggi ini."

"Sebenarnya keadaan banjir ini tidak pernah memberi kesan kepada kami seperti ini. Sejak dilahirkan, saya tidak pernah melihat air memasuki kediaman akibat banjir," katanya.

Penduduk dan pegawai tempatan di Sukhothai membantu mengisi beg pasir untuk menahan air banjir dan meminimumkan kerosakan di kediaman mereka.

Bagaimanapun Ketua Eksekutif Organisasi Pentadbiran Daerah Sansak Ongklai berkata, "saya tidak pasti bilangan penduduk terjejas, namun kami anggarkan kira-kira 500-600 penduduk yang terjejas."

Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengarahkan agensi negeri memberi perhatian khusus kepada kawasan yang terjejas terutamanya akibat limpahan dari Sungai Yom disebabkan hujan lebat di utara Thailand.

Thavisin turut menggesa kerajaan bersiap sedia menghadapi lebih banyak potensi hujan pada hari-hari mendatang.- REUTERS