fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Spesies badak Sumatera terancam lahir di Indonesia

(Anak betina badak Sumatera/REUTERS)

SUMATERA, 3 Oktober- Seekor spesies badak sumbu Sumatera yang jarang ditemui dan terancam dilahirkan di taman negara di Indonesia pada Sabtu lalu kata Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia di media sosial.

Anak betina badak Sumatera itu dilahirkan ibunya, Ratu, yang berasal dari Taman Negara Way Kamba.

Ia merupakan hasil mengawan dengan Andalas, seekor badak sumbu Sumatera jantan yang dilahirkan di Zoo Cincinnati, Amerika Syarikat.

Kelahiran pada Sabtu itu menjadikan populasi badak sumbu Sumatera di taman negara tersebut bertambah kepada sembilan, ia merupakan satu rangsangan yang baik bagi spesies itu.

Badak sumbu Sumatera merupakan terkecil dan paling sukar dibiakkan berikutan populasi jantinanya yang tidak seimbang dari spesies tersebut.

Berdasarkan rekod terhadap spesies itu pada tahun 2019, kurang daripada 80 ekor badak sumatera yang masih hidup di dunia.

Mamalia itu boleh membesar sehingga 1.5 meter tinggi, dengan berat antara 500 dan 960 kilogram dan dikenali untuk berkomunikasi melalui pelbagai cara mulai dari bersiul hingga timbunan najis.

Badak sumbu Sumatera, satu-satunya badak sumbu Asia yang mempunyai dua tanduk, merupakan salah satu spesies paling terancam di dunia akibat pemburuan haram berikutan tanduknya yang berharga.

Spesies itu turut kehilangan habitatnya di kepulauan Sumatera Indonesia.- REUTERS