fb fb fb fb fb

Pemanasan global: Penyu betina lebih banyak berbanding jantan

AL GHAYDAH, 5 Oktober - Akibat pemanasan global, populasi penyu di Yaman ketika ini di dominasi penyu betina.

Ia berikutan suhu panas sekitar lokasi pengeraman telur yang mempengaruhi kelangsungan hidup bakal anak penyu.

Semakin hangat sarang, kecenderungan yang akan menetas adalah anak penyu betina.

Menurut aktivis alam sekitar, Hafiz Kelshat, peningkatan suhu, mewujudkan ketidakseimbangan jantina yang membawa ancaman kepupusan penyu tempatan.

"Jumlah penyu jantan masih rendah. Sejak Januari lalu, kebanyakan penyu yang mati adalah jantan.

"Pantai ini penuh dengan penyu jantan yang mati. Setiap hari kita dapati 10 hingga 15 penyu jantan mati. Sebelum ini seimbang antara penyu jantan dan penyu betina, tetapi kini kebanyakkanya penyu betina," katanya.

(Kajian di Yaman menunjukkan bahawa terdapat 90 peratus lebih banyak penyu laut betina daripada jantan/FOTO AFP)

Sehubungan itu Pengarah Jabatan biodiversiti di Universiti Aden, Jamal Baouzir mencadangkan agar kerajaan segera mewujudkan rizab telur penyu jantan.

Ini termasuk memindahkan telur ke dalam inkubator pasir yang sesuai bagi mengelak kepupusan penyu pada masa akan datang.

Ini kerana kesan pemanasan global terhadap habitat dan kepelbagaian genetik penyu adalah isu global, bukan hanya di Semenanjung Arab. - AFP

Media Baharu