PALEMBANG, 3 Oktober- Bandar Palembang, Indonesia mula diselubungi jerebu tebal sejak beberapa hari lalu mengakibatkan keseluruhan bandar seperti hilang dalam pandangan.
Keadaan jerebu tebal itu dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah secara terbuka di Sumatera Selatan.
Kawasan terjejas teruk antaranya Banjarmasin, Banjarbaru, Kabupaten Banjar, dan Batola.
Hampir empat juta topeng muka diedarkan kepada penduduk bagi mencegah penularan jangkitan pernafasan.
Pihak berkuasa Palembang turut mengarahkan semua sekolah melakukan pembelajaran secara dalam talian bagi mengelakkan golongan pelajar terdedah dengan asap jerebu.
Sesi pembelajaran itu akan berlangsung sehingga pemberitahuan kelak.
Negara jiran termasuk Singapura dan Malaysia turut terjejas dengan jerebu tebal mengakibatkan kualiti udara di kedua-dua negara merosot.- REUTERS
Palembang kini diselubungi jerebu tebal
