GIZA, 3 Oktober- Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sissi secara rasmi mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya presiden penggal ketiga yang dijadual Disember depan.
Al-Sissi, yang tamat penggal pada April, dijangka sekali lagi memenangi pilihan raya itu.
Pilihan raya itu akan diadakan tengah-tengah krisis ekonomi, inflasi dan mata wang tempatan yang merosot dengan ketara.
Ribuan rakyat Mesir meraikan pengumuman Al-Sissi itu.
Beberapa pemimpin dalam parti-parti politik yang setia kepada al-Sissi turut mengumumkan hasrat untuk bertanding.
Ahli politik pembangkang, Ahmed al-Tanatawi, seorang bekas ahli Parlimen juga mengatakan bahawa beliau akan bertanding.
Al-Sissi mula memegang jawatan itu pada tahun 2014 dan dipilih semula pada tahun 2018.
Jika beliau menang, beliau akan memerintah Mesir untuk tempoh enam tahun.- REUTERS
Pilihan raya Presiden Mesir, Al-Sissi umum bertanding
