fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Kurang ubat dan kakitangan, akibatkan 24 pesakit mati di India

MAHARASHTRA, 3 Oktober- Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya bayi baru lahir, meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah hospital kerajaan di negeri Maharashtra, India.

Kematian di Kolej Perubatan dan Hospital Kerajaan Dr Shan-karrao Chavan di Nanded itu dipercayai berlaku akibat kekurangan ubat-ubatan dan kakitangan.

70 lagi pesakit lagi dilapor dalam keadaan serius.

Ogos lalu, 18 pesakit meninggal dunia dalam sehari di hospital kerajaan di daerah Thane, kira-kira 25 kilometer dari Mumbai.

Kematian antara Sabtu dan Ahad itu menimbulkan tuduhan pengabaian penjagaan kesihatan di negeri terkaya di negara itu.

Keadaan di hospital dilapor membimbangkan di mana kira-kira 1,200 pesakit sedang menerima rawatan manakala kapasiti hospital hanya 500 orang.

Hospital di Nanded itu juga mengalami masalah kewangan dan kekurangan jururawat dan doktor.