fb fb fb fb fb

Taliban didesak tarik larangan wanita bekerja untuk PBB

FOTO REUTERS

NEW YORK, 29 April- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendesak pemimpin Taliban menarik balik larangan terhadap wanita Afghanistan bekerja untuk PBB di negara itu.

Badan dunia mengutuk larangan tersebut yang disifatkan sebagai satu penindasan terhadap wanita, mencabuli hak asasi manusia dan prinsip kemanusiaan.

Resolusi yang dirangka Emeriah Arab Bersatu, (UAE) dan Jepun diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Keselamatan di New York.

Pegawai Taliban berkata keputusan mengenai status pekerja wanita adalah isu dalaman.

Resolusi Majlis Keselamatan turut mengiktiraf keperluan untuk menangani cabaran besar dihadapi ekonomi Afghanistan.

Ini termasuk melalui penggunaan aset milik Bank Pusat Afghanistan untuk manfaat rakyat negara itu.- REUTERS


(Foto Hiasan)

Media Baharu