fb fb fb fb fb

12 maut dalam serangan terbaharu peluru berpandu Rusia

FOTO REUTERS

UMAN, 29 April- Kota Kiev dihujani peluru berpandu Rusia, serangan pertama terhadap ibu negara Ukraine itu dalam tempoh 50 hari.

Turut dibedil, beberapa bandar di Ukraine.

Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terbunuh termasuk kanak-kanak berusia dua tahun.

Gelombang serangan itu disifatkan antara yang terbesar sejak perang tercetus pada Februari 2022.

Bandar Uman yang mempunyai 80,000 penduduk antara yang jadi sasaran.

Menurut pihak berkuasa tempatan, peluru berpandu musuh menghentam sebuah bangunan kediaman dan sebuah gudang.

Enam orang dilaporkan terbunuh manakala lapan yang lain cedera.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengecam serangan terbaharu itu.

Beliau berikrar untuk bertindak balas terhadap apa yang disifatkannya sebagai tindakan oleh pengganas Rusia.

Kementerian Pertahanan Ukraine dalam satu kenyataan mengesahkan berjaya menembak jatuh 21 daripada 23 peluru berpandu yang dilancarkan pesawat pengebom strategik Tu-95 milik Rusia.

Turut dimusnahkan, dua dron tempur.

Kebanyakan pertempuran kini tertumpu di bahagian timur daerah perindustrian Donbas, dan bandar Bakhmut yang hampir musnah.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu