fb fb fb fb fb

China dakwa bot Filipina cetus provokasi di Laut China Selatan

(FOTO AFP)

BEIJING, 28 April-Kerajaan China pada Jumaat mendakwa insiden kapal peronda pantainya yang hampir bertembung dengan kapal pengawal pantai Filipina yang membawa wartawan adalah merupakan satu tindakan terancang dan provokasi.

Kejadian yang berlaku di kepulauan Spartly pada Ahad lalu itu merupakan insiden terbaru melibatkan kedua-dua negara di laluan air yang dipertikaikan.

Dalam kejadian itu, dua bot pengawal pantai Filipina dikatakan menghampiri sebuah kapal peronda China yang dikenali sebagai Second Thomas Shoal, sebelum salah sebuah kapal pengawal Filipina itu dihalang daripada menghampiri beting oleh kapal peronda China itu yang berukuran dua kali ganda berbanding kapal peronda Filipina.

Kejadian tersebut disaksikan oleh wartawan AFP yang berada di salah sebuah kapal pengawal Filipina yang berada kira-kira kurang 1 kilometer dari tempat kejadian.

Kapten kapal pengawal pantai Filipina berkata kapal China itu berada hanya kira-kira 45 meter daripada bot berkenaan sebelum dia bertindak pantas mengelak daripada pelanggaran satu sama lain.

Kementerian Luar China menerusi satu sidang media Jumaat lalu berkata bot pengawal pantai Filipina telah menceroboh tanpa kebenaran negara itu.

"Kapal peronda pantai China menjaga kedaulatan wilayah dan ketenteraman maritim mengikut undang-undang.

"Kami mengambil langkah tepat untuk mengelakkan pelanggaran kapal Filipina," kata jurucakap Mao Ning.

"Ini adalah tindakan terancang dan provokatif oleh kapal Filipina dengan membawa wartawan di atas kapal.

"Tujuannya adalah untuk sengaja mencari kesalahan dan kesempatan bagi membesar-besarkan insiden berkenaan," tambahnya.

China mendakwa sebahagian besar Laut China Selatan, yang menjadi laluan kira-kira AS$3 trilion barangan perdagangan, adalah kawasan miliknya.

Filipina pula sudah berulang kali mengingatkan Beijing supaya menghentikan aktiviti agresifnya di wilayah maritim itu.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu