fb fb fb fb fb

Naib Presiden Argentina Christina Kirchner sahkan tidak bertanding

(FOTO FB CFKArgentina)

LA PLATA, 28 April-Naib Presiden Argentina, Christina Kirchner mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negara itu yang bakal dilangsungkan pada Oktober depan.

Ahli politik yang berusia 70 tahun itu sebelum ini pernah menjadi Presiden pada 2007 sehingga 2015 pernah dikaitkan dengan skandal rasuah dan pernah dibicarakan atas dakwaan mengalih dana awam semasa pemerintahannya.

Namun, Krichner bebas daripada pemenjaraan dengan imuniti Parlimen.

Pada acara yang berlangsung di selatan ibu negara Buenos Aires Khamis lalu, Krichner memberitahu tidak akan bertanding bagi jawatan Presiden di hadapan 2,000 para penyokong.

"Tiada akan bertanding bagi jawatan Presiden", katanya.

Spekulasi berkaitan pengganti Presiden ketika ini semakin memuncak selepas Presiden ketika ini, Alberto Fernandez yang mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya semula melalui pengumuman yang dibuat pada bulan lalu.

Selain itu, tokoh pembangkang, Mauricio Macri yang pernah menjadi Presiden Argentina pada 2015-2019 juga mengumumkan tidak akan bertanding pada penggal akan datang.

Krichner, bekas Presiden wanita pertama Argentina mengumumkan tidak akan menjadi calon selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun selain menghalangnya memegang jawatan kerajaan seumur hidup dan mempunyai imuniti sementara sebagai naib presiden.

Wanita itu menyifatkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai penganiayaan politik sejak melepaskan jawatan sebagai Presiden sebelum ini.

Tugas getir menanti Presidn baharu Argentina yang terpaksa berdepan dengan krisis ekonomi yang menyaksikan kadar inflasi negara itu yang meningkat kepada 22 peratus dalam tempoh tiga bulan dan kenaikan 100 peratus tahun lalu.

Krichner pada Khamis telah menyerang Javier Milei, salah seorang ahli politik yang diketahui sebagai penyokong mata wang Dolar AS selepas Peso mengalami susut nilai yang teruk berbanding Dolar AS.

Selain itu, Krichner turut menuduh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencetuskan inflasi di negara 'Amerika Latin' itu selepas bertindak menandatangani perjanjian pinjaman dengan kerajaan terdahulu bernilai $44.5 bilion dolar.

Argentina bakal mengadakan pilihan raya pada 22 Oktober depan manakala pusingan kedua dijadualkan pada 19 November-AFP


(Naib Presiden Argentina, Christina Kirchner/FOTO FB CFKArgentina)

Media Baharu