fb fb fb fb fb

Kumpulan pertama 385 rakyat Indonesia tiba dari Sudan

(Foto AFP)

JAKARTA, 28 April- Kumpulan pertama 385 rakyat Indonesia yang dibawa keluar dari Sudan tiba di tanah air, hari ini.

Mereka menaiki pesawat sewa khas dari Arab Saudi.

Perjalanan mengambil masa 10 jam dari Jeddah.

Kepulangan mereka disambut Menteri Luar, Retno Marsudi dan Panglima Tentera, Laksamana Yudo Margono di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Mereka terdiri daripada 148 wanita dan 137 lelaki.

"Memandangkan perjalanan sangat jauh dan memenatkan, mereka akan ditempatkan sementara di Jakarta Timur sebelum pulang ke rumah masing-masing," kata Marsudi kepada pemberita.

(Kumpulan pertama 385 rakyat Indonesia yang dibawa
keluar dari Sudan tiba di tanah air, hari ini/Foto AFP)

Penerbangan pemindahan terakhir warga Indonesia dijadual Ahad ini

Sementara itu, sebuah lagi pesawat bagi membawa keluar warga Indonesia akan berlepas ke Sudan, esok.

Marsudi memaklumkan, penerbangan terakhir dijadual pada Ahad.

Indonesia telah memindahkan beratus-ratus warganya dari Khartoum ke Port Sudan. Dari Port Sudan, mereka akan menaiki pengangkutan udara dan laut ke Jeddah.

Ini termasuk 111 orang yang akan diterbangkan ke Jeddah, hari ini.

Terdapat kira-kira 1,200 orang warga Indonesia berdaftar dengan kedutaan negara itu di Khartoum.-AFP

Media Baharu