fb fb fb fb fb

AU gesa bantu penduduk tinggalkan Sudan

(Foto AFP)

ADDIS ABABA, 28 April- Kesatuan Afrika (AU) pada Khamis merayu negara jiran Sudan dan masyakarat antarabangsa untuk membantu penduduk melarikan diri daripada konflik di negara itu.

Pada masa sama menggesa gencatan senjata dikuatkuasakan semula.

Pengerusi Suruhanjaya AU, Moussa Faki Mahamat ketika membuat seruan itu meminta negara jiran, agensi serantau dan global membantu memudahkan pemindahan orang awam.

Serta, memastikan mereka melintasi sempadan dengan selamat, tanpa halangan.

Faki turut menggesa tentera Sudan dan pasukan separa tentera, RSF segera bersetuju untuk menguatkuasakan gencatan senjata kekal.

Ia bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang sangat memerlukan.

Sebelum ini, beberapa gencatan senjata yang dikuatkuasakan sejak pertempuran 15 April lalu, menemui kegagalan.

Sejak konflik tercetus, ribuan orang telah melarikan diri dari Sudan ke negara jiran, terutamanya Chad dan Mesir, menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu.-AFP

(Gambar imej satelit menunjukkan pesawat udara yang
musnah di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum/Foto AFP)

Media Baharu