fb fb fb fb fb

Loji kuasa nuklear, Erdogan zahir terima kasih kepada Putin

FOTO AFP

ANKARA, 29 April- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengucapkan terima kasih kepada Presiden Vladimir Putin atas sumbangan Rusia dalam pembinaan loji kuasa nuklear Akkuyu.

Erdogan menzahirkan ucapan terima kasih itu dalam perbualan telefon bersama Putin pada Khamis.

Perbualan berkisar tentang situasi di Ukraine dan Inisiatif Bijian Laut Hitam.

Dalam perbualan itu, perkembangan perang Rusia-Ukraine serta tindakan dalam konteks perjanjian bijirin turut dinilai.

Presiden Erdogan mengumumkan kemungkinan mengusahakan inisiatif baharu dalam rangka kumpulan kerja yang dicadangkan.

Erdogan dan Putin juga membincangkan perkembangan terkini di Syria.

Putin juga mendoakan agar Erdogan cepat sembuh.- REUTERS


(Foto Hiasan)

Media Baharu