fb fb fb fb fb

Taiwan uji peluru berpandu Sky Sword II, tingkat kesiapsiagaan hadapi ancaman

Peluru berpandu Sky Sword II milik Taiwan dilancarkan dalam ujian tembakan langsung di pangkalan Jiupeng, Pingtung pada 13 Mei 2025 / AFP

PINGTUNG, 13 Mei– Taiwan melancarkan ujian peluru berpandu Sky Sword II yang dibangunkan sendiri, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh pertahanan udara negara itu dalam menghadapi potensi serangan dari China.

Ujian tersebut merupakan satu lagi langkah dalam strategi Taipei untuk memperkasakan keupayaan ketenteraan, tatkala ketegangan di Selat Taiwan terus memuncak.

Timbalan Komander Ho Hsiang-yi berkata matlamat mereka adalah untuk memastikan pasukan sentiasa tenang dan bertindak balas secara berkesan apabila berdepan ancaman sebenar, melalui latihan yang berterusan dan rapi.

Sky Sword II ialah sistem peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana yang dibangunkan oleh Institut Sains dan Teknologi Chung-Shan (NCSIST), dan digunakan secara meluas oleh Tentera Udara Taiwan.

Pengujian sistem pertahanan itu dilihat penting untuk meningkatkan keyakinan tempur pasukan tentera serta memberi isyarat jelas kepada Beijing bahawa Taiwan tidak akan berdiam diri terhadap sebarang ancaman kedaulatan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE