fb fb fb fb fb

Sekolah di Srinagar dibuka semula

Murid sekolah berjalan menuju ke kelas selepas sekolah mereka dibuka semula susulan gencatan senjata antara Pakistan dan India, di Srinagar pada 13 Mei 2025 / AFP

SRINAGAR, 13 Mei- Sekolah-sekolah di Srinagar, wilayah Kashmir yang ditadbir India, dibuka semula pada Selasa setelah gencatan senjata dicapai antara India dan Pakistan pada Sabtu lalu.

Langkah tersebut menandakan usaha awal ke arah pemulihan selepas empat hari pertempuran sengit yang menyaksikan peluru berpandu, serangan dron dan bedilan artileri meragut puluhan nyawa di kedua-dua negara.

Konflik terbaru itu dianggap yang paling serius sejak Perang Kargil pada 1999.

Pegawai pendidikan tempatan menyatakan pemulihan sistem pembelajaran adalah keutamaan demi memastikan anak-anak tidak terus terjejas dalam persekitaran yang telah lama dihimpit konflik dan ketidakstabilan.

Pemerhati serantau pula mengingatkan walaupun gencatan senjata memberi ruang bernafas, ia masih bersifat rapuh.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE