TAIPEI, 19 November- Taiwan mengecam China atas pemenjaraan 45 aktivis Hong Kong pada Selasa, dengan mengatakan "demokrasi bukan jenayah".
Jurucakap pejabat presiden Karen Kuo dalam satu kenyataan memaklumkan, "demokrasi bukan jenayah" dan "mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan China menggunakan langkah kehakiman dan prosedur tidak adil untuk menyekat penyertaan politik dan kebebasan bersuara aktivis pro-demokrasi Hong Kong."
Amerika Syarikat, Australia dan kumpulan hak asasi manusia mengecam hukuman itu dan ia disifatkan sebagai penghakisan kebebasan politik di bandar itu sejak Beijing mengenakan undang-undang keselamatan pada 2020.
Hong Kong, bekas tanah jajahan British, telah diserahkan kepada China pada 1997 bawah model tadbir urus "satu negara, dua sistem", yang menjamin kebebasan utama kepada warga Hong Kong dan tahap autonomi yang tinggi.
Bagaimanapun hukuman pada Selasa itu "bukan sahaja memungkiri janji '50 tahun tidak berubah' dan 'autonomi tinggi', tetapi juga membuktikan lagi bahawa tidak boleh dilaksanakan 'satu negara, dua sistem'," kata Kuo dalam kenyataan itu.
"Rakyat Taiwan dan Hong Kong dalam usaha untuk mencapai kebebasan dan demokrasi," katanya.
China mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan konsisten berjanji untuk membawa "penyatuan" negara.- AFP