NEW DELHI, 19 November- India akan mengerahkan tambahan 5,000 askar separa tentera untuk meredakan kekacauan di Manipur, kata pihak berkuasa pada Selasa.
Tindakan itu selepas 16 individu terbunuh dalam pertempuran baru di negeri bergolak itu.
Manipur berada dalam pertempuran berkala selama lebih daripada 18 bulan antara majoriti Meitei yang majoritinya beragama Hindu dan komuniti Kuki yang kebanyakannya Kristian.
Sepuluh komuniti Kuki terbunuh apabila mereka cuba menyerang polis minggu lalu, menyebabkan serangan balas terhadap enam orang awam Meitei.
Mayat berkenaan ditemukan di daerah Jiribam beberapa hari kemudian.
Bagaimanapun New Delhi telah "mengarahkan 50 syarikat tambahan pasukan separa tentera ke Manipur", menurut sumber kerajaan di New Delhi memklumkan kepada AFP.
Setiap syarikat Pasukan Polis Bersenjata Pusat (CAPF), diawasi oleh Kementerian Dalam Negeri dan bertanggungjawab untuk keselamatan dalam negeri.
Sementara itu Akhbar Business Standard melaporkan bahawa pasukan tambahan akan ditempatkan di negeri itu menjelang akhir minggu ini.
India mempunyai beribu-ribu tentera yang cuba menjaga keamanan dalam konflik yang telah meragut sekurang-kurangnya 200 nyawa sejak 18 bulan lalu.
Manipur berada dalam perintah berkurung sejak keganasan bermula tahun lalu selain penggunaan internet diberikan secara berkala.
Tindakan itu dikuatkuasakan semula di ibu negeri Imphal pada Sabtu selepas penemuan enam mayat itu yang menyebabkan bantahan ganas oleh masyarakat Meitei.
Pertelingkahan etnik itu menyebabkan puluhan ribu penduduk di negeri itu kehilangan tempat tinggal.
Orang ramai yang marah di bandar itu cuba menyerbu rumah beberapa ahli politik tempatan.
Laporan media tempatan berkata beberapa rumah ahli parlimen dari Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi mengalami kerosakan akibat pergolakan itu.
Ketegangan berpanjangan antara komuniti Meitei dan Kuki berikutan persaingan untuk mendapatkan tanah dan pekerjaan.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh pemimpin tempatan memburukkan lagi perpecahan dalam kalangan etnik untuk kepentingan politik.- AFP