KIEV, 19 November- Serangan dron Rusia di wilayah Sumy di timur laut Ukraine meragut nyawa tujuh individu termasuk seorang kanak-kanak, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy.
"Serangan baharu Rusia itu melihat niat sebenar Presiden Rusia Vladimir Putin. Tindakan berkenaan seakan ingin meneruskan perang dan Putin dilihat tidak berminat bercakap tentang keamanan," kata Zelenskiy.
Serangan dron ke atas bangunan kediaman di bandar kecil Hlukhiv bersempadan dengan Rusia menyebabkan 12 individu cedera, termasuk dua kanak-kanak, kata pentadbiran tentera wilayah Sumy dalam aplikasi pemesejan Telegram.
Sementara itu sebuah video yang dikongsi oleh Zelenskiy menunjukkan pekerja kecemasan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan runtuhan bangunan berikutan sebahagiannya musnah akibat serangan dari Rusia.
Pentadbiran tentera serantau berkata tentera Rusia menggunakan dua dron dalam serangan itu.
Bagaimanapun tentera udara Ukraine memaklumkan 51 dron ditembak jatuh manakal 30 yag lain hilang tanpa dikesan. IaselepasRusia melancarkan 87 serangan dron ke atas Ukraine.
Tentera Rusia menyerang wilayah timur laut Sumy sejak beberapa bulan lalu selain merosakkan infrastruktur awam.- REUTERS