fb fb fb fb fb

Taiwan dilanda satu lagi gempa bumi besar

Gempa bumi bermagnitud 6.3 melanda pulau yang terletak 34 kilometer dari timur Taiwan pada Jumaat / Foto Hiasan

TAIPEI, 16 Ogos - Gempa bumi bermagnitud 6.3 melanda pulau yang terletak 34 kilometer dari timur Taiwan pada Jumaat.

Ini merupakan gempa bumi besar kedua yang melanda pulau itu dalam tempoh kurang sehari.

Setakat ini, tiada laporan kerosakan diterima.

Pihak berkuasa memaklumkan perkhidmatan kereta api bawah tanah di bandar itu diteruskan pada kelajuan yang lebih rendah.

Pentadbiran cuaca melaporkan, gempa tersebut dikesan pada kedalaman 9.7 kilometer, menyusuli gempa bumi bermagnitud 5.7 yang melanda pantai timur laut Taiwan pada lewat Khamis.

April lalu, gempa bumi terbesar yang melanda Taiwan dalam tempoh sekurang-kurangnya 25 tahun yang menyebabkan sembilan maut dan mencederakan lebih 900 orang.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN