fb fb fb fb fb

Susu pasteur selamat daripada jangkitan selesema burung

Pembungkusan susu pasteur di El Paso, Texas/REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 26 April- Ujian tambahan ke atas susu pempasteuran boleh membunuh virus selesema burung, kata pegawai kesihatan persekutuan pada Jumaat.

Ketika ini Colorado menjadi negeri ke-9 Amerika Syarikat yang melaporkan lembu tenusu dijangkiti virus berkenaan.

Penggubal undang-undang persekutuan menggesa pentadbiran bawah Presiden Amerika Syarikat Joe Biden untuk terus membendung penyebaran virus berkenaan kerana ujian menunjukkan satu daripada lima sampel susu komersial di negara itu mengandungi sisa virus.

Ia sekali gus menunjukkan wabak itu semakin meluas daripada sangkaan sebelum ini.

Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) pada Jumaat berkata, keputusan awal daripada ujian PCR standard menunjukkan pempasteuran mampu membunuh virus dalam susu dan formula bayi.

Bagaimanapun FDA tidak menyatakan berapa banyak produk susu yang telah diuji namun merancang untuk melakukan lebih banyak ujian ke atas 297 produk dari 38 negeri.

Seorang, pekerja ladang Texas, telah disahkan menghidap selesema burung dan mengalami konjunktivitis berikutan pendedahan kepada lembu tenusu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata keseluruhan risiko kesihatan awam semasa adalah rendah berbanding mereka yang terdedah kepada haiwan yang dijangkiti.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengesahkan pemerah susu lembu di Colorado diuji positif, berikutan jangkitan awal di Texas, Kansas, Michigan, Ohio, Idaho, New Mexico, North Carolina dan South Dakota.

Ahli kongres mendesak pihak berkuasa pertanian dan kesihatan persekutuan untuk mengenal pasti virus H5N1 merebak dan potensi risikonya terhadap manusia.

Sementara itu analisis data jabatan pertanian negara itu yang dilakukan oleh saintis dari Universiti Arizona mendapati wabak H5N1 pertama diperolehi daripada 34 kumpulan di sembilan negeri yang diuji secara secara rasmi mendapati keputusan positif.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI