fb fb fb fb fb

Hamas terima cadangan gencatan senjata

Rakyat Palestin memeriksa sebuah rumah selepas diserang rejim zionis Israel/REUTERS

KAHERAH, 27 April- Hamas berkata ia telah menerima maklum balas rasmi Israel pada Sabtu mengenai cadangan gencatan senjata namun ia akan mengkaji perkara itu sebelum memberi maklum balas.

"Hamas hari ini telah menerima maklum balas rasmi pendudukan rejim zionis Israel terhadap cadangan yang dikemukakan kepada pengantara Mesir dan Qatar pada 13 April," kata Khalil Al-Hayya dalam satu kenyataan.

Selepas lebih enam bulan Israel menyerang Gaza, rundingan masih belum menemui jalan penyelesaian dan Hamas kekal dengan tuntutannya untuk menamatkan perang.

Delegasi Mesir ke Israel berbincang dengan pegawai Israel pada Jumaat, untuk mencari jalan penyelesaian bagi menamatkan konflik.

Pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, Israel tidak mempunyai cadangan baharu untuk mempertimbangkan gencatan senjata.

Hamas dalam satu kenyataan berkata, ia "terbuka kepada sebarang idea atau cadangan yang mengambil kira keperluan dan hak rakyat kita".

Bagaimanapun, ia berpegang kepada tuntutan utamanya yang telah ditolak oleh Israel iaitu gencatan senjata kekal dan pengunduran tenteranya dari Gaza.

Penasihat Keselamatan Negara White House Jake Sullivan berkata, beliau melihat momentum baharu dalam perbincangan untuk menamatkan perang antara Palestin dan Israel.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Palestin di Rafah berkata, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan yang lain.

7 Oktober lalu, rejim zionis Israel telah membunuh lebih 34,000 rakyat Palestin.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI