fb fb fb fb fb

Suspek tembak mati Kirk enggan beri kerjasama

FOTO Reuters

ARIZONA, 15 September - Suspek kes tembakan maut terhadap aktivis konservatif Charlie Kirk enggan memberikan kerjasama dengan pasukan penyiasat, kata Gabenor Utah Spencer Cox.

Menurutnya Tyler Robinson, 22, yang ditahan kerana disyaki membunuh akan didakwa pada Selasa.

"Suspek berasal daripada keluarga konservatif namun berpegang kepada “ideologi berhaluan kiri”, serta banyak menghabiskan masa di “dark internet dan laman-laman gelap lain,” katanya.

Tegas Cox, media sosial mempengaruhi setiap pembunuhan dan cubaan pembunuhan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Beliau memaklumkan meskipun suspek tidak memberikan sebarang pengakuan, namun beberapa individu lain yang ada kaitan dengan suspek memberikan kerjasama termasuk rakan sebiliknya di kampus.

Kirk, 31, penyokong tegar Presiden Syarikat Donald Trump ditembak di bahagian leher ketika berucap pada satu acara di Universiti Utah Valley pada Rabu lalu.

Pihak berkuasa menyifatkan kes berkenaan sebagai pembunuhan bermotif politik. - REUTERS

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN