fb fb fb fb fb

Sidang kemuncak Arab-Islam beri amaran serangan Israel ancam normalisasi hubungan

Foto REUTERS

DOHA, 14 September– Pemimpin negara Arab dan Islam memberi amaran bahawa serangan Israel terhadap Qatar dan “tindakan bermusuhan” lain mengancam kewujudan bersama dan usaha untuk menormalkan hubungan di rantau itu.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi draf resolusi yang akan dikemukakan sebelum sidang kemuncak Arab-Islam di Doha hari ini.

Sidang kemuncak itu diadakan sebagai tanda sokongan kepada Qatar susulan serangan Israel menyasarkan pemimpin kumpulan Hamas yang tinggal di negara Teluk berkenaan.

Serangan PADA 9 September itu telah membunuh lima anggota Hamas termasuk seorang anggota pasukan keselamatan Qatar.

Menurut draf resolusi itu, serangan kejam Israel terhadap Qatar dan penerusan tindakan bermusuhan Israel termasuk pembunuhan beramai-ramai, pembersihan etnik, kebuluran, pengepungan, serta aktiviti dan dasar penjajahan mengancam prospek keamanan dan kewujudan bersama di rantau ini.

Tindakan-tindakan ini mengancam segala-galanya yang telah dicapai dalam laluan menormalkan hubungan dengan Israel termasuk perjanjian semasa dan masa depan.

Qatar, pengantara utama dalam konflik Gaza, menuduh Israel mensabotaj peluang untuk keamanan dan menuduh Benjamin Netanyahu mengamalkan "keganasan negara".

Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani menegaskan bahawa tindakan Israel tidak akan menghalang usaha pengantaraan Doha dengan Mesir dan Amerika Syarikat. -REUTERS

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello