BEIRUT, 15 September - Seorang mangsa terbunuh akibat serangan Zionis Israel di selatan Lubnan.
"Serangan tentera Israel menyasarkan sebuah kereta di bandar Burj Qalawiyah mengorbankan seorang penduduk," kata Kementerian Kesihatan menerusi satu kenyataan.
Pada Jumaat, kementerian memaklumkan seorang lagi mangsa maut dalam serangan Zionis di bandar Aitaroun, juga di selatan Lubnan.
Tentera negara haram itu terus menyerang Hizbullah meskipun gencatan senjata telah dikuatkuasakan sejak November yang menamatkan persengketaan lebih setahun antara kedua-dua pihak.
Dengan tekanan daripada Amerika Syarikat serta kebimbangan terhadap serangan Israel yang kian meningkat, kerajaan Lubnan mengambil langkah berwaspada.
Sebelum ini media melaporkan Kementerian Kesihatan mendedahkan lebih 15,000 dilaporkan maut di Lubnan akibat serangan bertalu-talu Israel, sejak pertempuran bermula. - AFP