fb fb fb fb fb

Suspek dikehendaki Interpol berhubung letupan pelabuhan Beirut ditahan

(FOTO FAIL AFP)

SANTIAGO, 21 April - Seorang lelaki warga Portugal yang dikehendaki Interpol berhubung insiden letupan di pelabuhan Beirut pada 2020, ditahan pihak berkuasa Lapangan Terbang di Chile.

Kenyataan polis Chile memaklumkan, lelaki terbabit yang tidak didedahkan nama tiba di Santiago, menerusi penerbangan dari Sepanyol.

(Gambar yang diambil pada 5 Ogos 2020 menunjukkan kerosakan sebuah kapal yang terbakar di pelabuhan Beirut/FOTO FAIL AFP)

Suspek dikehendaki kerana didakwa membawa 'unsur letupan' ke Lubnan yang mungkin ada kaitan dengan letupan pada Ogos itu, kata pegawai polis lapangan terbang, Christian Saez.

"Lelaki itu telah dihalang daripada memasuki Chile dan menaiki pesawat pulang ke Sepanyol dengan penyelarasan Interpol," kata Saez.

Letupan besar di pelabuhan Beirut memusnahkan seluruh kawasan kejiranan di ibu negara itu dan meragut lebih 130 nyawa.-AFP

Media Baharu