fb fb fb fb fb

Konflik Rusia Ukraine: Lagi mayat orang awam ditemukan

(Kawasan di perkampungan Moshchun, barat laut Kiev musnah selepas
diserang tentera Rusia pada 20 April 2022/AFP)

KIEV, 21 April- Sembilan mayat orang awam; sebahagian ada kesan diseksa ditemukan di bandar Borodyanka luar Kiev, ibu negara Ukraine.

“Individu berkenaan dibunuh penceroboh (Rusia) dan ada tanda diseksa. Saya ingin tegaskan bahawa mereka adalah orang awam. Tentera Rusia dengan sengaja menembak orang awam yang mereka sedia maklum tidak membuat penentangan,” kata ketua polis Kiev, Andriy Niebytov.

Pengunduran tentera Rusia dari kawasan bandar dan perkampungan di sekitar Kiev meninggalkan bukti Rusia telah melakukan pembunuhan beramai-ramai berdasarkan penemuan mayat bermula di Bucha.

Polis Niebytov berkata pihaknya telah menemukan dua kubur besar di sekitar Borodyanka.


(FOTO AFP)

“Dalam salah satu kubur, tiga mayat ditemukan termasuk remaja perempuan berumur 15 tahun manakala kubur ke dua menempatkan 6 mayat,” katanya.

Kesemua mereka adalah penduduk tempatan, tambahnya.

Pihak berkuasa di Kiev berkata ratusan mayat orang awam yang terbunuh telah ditemui di kawasan yang dikawal oleh tentera Rusia di sekitar ibu negara selepas pencerobohan dimulakan pada 24 Februari lalu. -AFP

Media Baharu