(Logo Tabung Kewangan Antarabangsa di dalam ibu pejabatnya di Washington/FOTO REUTERS)
COLOMBO, 21 April- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, perbincangan dengan Sri Lanka berhubung keperluan negara itu menyusun semula kedudukan kewangan termasuk hutangnya.
IMF berkata, mengenai program pinjaman yang berpotensi, ia masih di peringkat awal dan sebarang perjanjian memerlukan 'jaminan yang mencukupi' bahawa hutang negara itu boleh diletakkan pada laluan yang mampan.
Dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Reuters, Ketua Misi IMF Sri Lanka, Masahiro Nozaki, berkata Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva membincangkan pilihan pinjaman dan pelan dasar dengan delegasi Sri Lanka Selasa lalu.
(Orang ramai beratur panjang untuk membeli minyak tanah kerana kekurangan gas domestik akibat krisis ekonomi negara,
di sebuah stesen minyak di Colombo, Sri Lanka 18 Mac 2022/FOTO FAIL REUTERS)
"Program yang disokong IMF perlu direka bentuk untuk menyelesaikan masalah imbangan pembayaran di Sri Lanka dan meletakkan ekonomi kembali pada laluan pertumbuhan yang mampan seawal mungkin," kata Nozaki.
Nozaki berkata, IMF sangat prihatin terhadap krisis ekonomi semasa Sri Lanka dan kesusahan yang dialami oleh rakyat negara itu, terutama golongan miskin dan terdedah.-REUTERS