fb fb fb fb fb

Angka korban akibat ribut di Filipina cecah 224, 147 masih hilang

(Foto fail pada 12 April menunjukkan pasukan penyelamat membantu
memindahkan mangsa banjir di Filipina yang dicetuskan ribut tropika Megi/FOTO AFP)


MANILA, 21 April- Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir di Filipina dicetuskan ribut tropika Megi meningkat kepada 224, manakala 147 masih hilang, menurut Majlis Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan hari ini.

Sebanyak 221 kematian direkodkan di wilayah tengah dan tiga lagi terkorban di selatan negara itu, lapor Xinhua.

Megi membawa hujan lebat di wilayah tengah dan selatan Filipina pada 10 April lalu, mengakibatkan kejadian banjir dan tanah runtuh di beberapa perkampungan di wilayah Leyte.

Filipina adalah antara negara paling terdedah kepada bencana alam di dunia, terutamanya kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik dan Taufan Pasifik.

Secara purata, negara itu mengalami 20 ribut taufan setiap tahun dengan Megi ribut pertama melanda negara Asia Tenggara itu tahun ini.

(Ribut Megi jadi ribut tropika pertama melanda Filipina/FOTO REUTERS)

Megi melanda wilayah tengah Filipina turut menjejaskan lebih 136,000 penduduk, lapor Xinhua.

Lebih 13,000 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan, dan sebahagian yang lain tinggal bersama saudara-mara, menurut Agensi Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan.

Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Filipina merupakan antara negara paling kerap ditimpa bencana, termasuk gunung berapi aktif, gempa bumi dan sekitar 20 taufan membadai negara itu setiap tahun, menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh.- BERNAMA

Media Baharu