fb fb fb fb fb

Suruhanjaya Pakistan terima pencalonan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif sebaik tiba dari London, menjelang pilihan raya umum Pakistan 2024, di Lahore, Pakistan/ REUTERS

ISLAMABAD, 28 Disember- Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan, hari ini menerima pencalonan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif bagi pemilihan 024, beberapa minggu selepas mahkamah membatalkan dua sabitan rasuah membabitkannya, lapor ARY News.

Namun, Sharif masih perlu menghapuskan hukuman larangan seumur hidup untuk memegang mana-mana jawatan awam bagi melayakkan dirinya bertanding.

Oleh itu, tidak jelas bagaimana suruhanjaya itu menerima pencalonannya.

Perbicaraan mengenai larangan itu akan diadakan pada Januari.

Sharif dilarang bertanding dalam pilihan raya oleh Mahkamah Agung pada 2017 apabila beliau didapati tidak jujur ​​kerana tidak mendedahkan pendapatan daripada syarikat milik anaknya.

Baru-baru ini, mahkamah membatalkan dua sabitan kesalahan rasuahnya.

Sharif, yang pulang ke tanah air pada Oktober setelah empat tahun dalam buangan sendiri di London, sedang membida untuk jawatan Perdana Menteri keempat dalam pilihan raya 8 Februari.

Cabaran terbesar Sharif adalah untuk merampas kembali sokongannya daripada pesaing utamanya, bekas wira kriket Imran Khan, yang kini sedang dipenjarakan kerana kesalahan rasuah, tetapi kekal popular berikutan penyingkirannya daripada jawatan Perdana Menteri pada 2022.

Khan, 71, hilang kelayakan daripada pilihan raya kerana sabitan rasuah, namun beliau memfailkan kertas pencalonan untuk pemilihan pada Jumaat, lalu. - REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI