fb fb fb fb fb

Suruhanjaya bebas siasat skandal projek kawalan banjir palsu di Manila

Foto AFP

MANILA, 13 September – Kerajaan Filipina menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat skandal projek kawalan banjir palsu melibatkan puluhan ahli politik dan pegawai kerajaan.

Mereka terdiri daripada bekas Setiausaha Kerja Raya, Rogelio Singson, dan akauntan bertauliah Rossana Fajardo, manakala Datuk Bandar Baguio City, Benjamin Magalong, dilantik sebagai penasihat khas dengan Pengerusi suruhanjaya akan diumumkan tidak lama lagi.

Suruhanjaya tersebut berkuasa untuk mengadakan pendengaran, mengumpul dan menilai bukti serta mencadangkan pembekuan aset pihak yang terlibat namun tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa secara langsung.

Pelantikan ahli suruhanjaya diumumkan susulan janji Presiden Ferdinand Marcos dalam ucapan negara Julai lalu selepas negara kepulauan itu dilanda banjir besar.

Kerugian ekonomi akibat skandal tersebut dianggarkan mencecah 118.5 bilion peso sekitar USD 2 bilion menjadikannya salah satu kes rasuah infrastruktur terbesar dalam sejarah negara itu.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN