SYDNEY, 19 Ogos - ‘Super Blue Moon’ atau 'Gerhana Supermoon', fenomena yang sangat jarang ditemui buat pertama kalinya menerangi langit di sini, pada petang Isnin.
Orang ramai dapat melihat bulan bersinar penuh di Sydney Opera House meskipun sebahagiannya telah dikaburkan awan.
Supermoon berlaku apabila bulan melalui perigee atau titik paling hampir dengan bumi, menjadikannya saiz bulan kelihatan lebih besar dari bumi dengan diameter meningkat kepada tujuh peratus.
Super Blue Moon bukanlah kelihatan bewarna biru tetapi ia merujuk kepada fenomena bulan mengambang berlaku dua kali dalam masa sebulan. - REUTERS