fb fb fb fb fb

Li Qiang akan lawat Rusia dan Belarus

Li Qiang/ Foto Reuters

BEIJING, 19 Ogos - Perdana Menteri China Li Qiang akan melawat Rusia dan Belarus minggu ini, lapor kementerian luar Beijing pada Isnin.

Lawatan Li itu ketika China dan Rusia sedang meningkatkan kerjasama ekonomi dan hubungan diplomatik.

"Bawah bimbingan strategik kedua-dua ketua negara itu, campur tangan luar terhapus antara kedua-dua negara itu dan mengekalkan pembangunan sihat dan stabil," kata jurucakap kementerian luar Mao Ning.

Mao Ning dalam satu kenyataan berkata, lawatan Li dari Selasa hingga Jumaat akan termasuk 'pertemuan ke-29 antara ketua kerajaan China dan Rusia'.

Dalam perbincangan Li Qiang dan Mikhail Mishustin, Mao berkata Li merancang untuk bertukar pandangan secara lebih terperinci mengenai kerjasama praktikal dalam hubungan dua hala dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama.

Perkongsian strategik Rusia dan China semakin rapat sejak konflik Moscow dan Ukraine.

China menunjukkan negaranya sebagai parti neutral yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak seperti Amerika Syarikat dan negara Barat lain.

Bagaimanapun China merupakan sekutu rapat politik dan ekonomi Rusia serta anggota NATO telah menamakan Beijing sebagai 'pemboleh yang menentukan' perang.

Pemimpin Belarus Alexander Lukashenko melawat China sebanyak dua kali tahun lalu, berjanji pada Disember untuk menjadi 'rakan kongsi yang boleh dipercayai' kepada Beijing.

Belarus sangat bergantung pada Rusia untuk sokongan politik dan kewangan.

"China dan Belarus adalah rakan kongsi strategik komprehensif sepanjang musim," kata Mao hari Isnin. - AFP

TETITIA YUSOFF