fb fb fb fb fb

Rakyat California tuntut janji Kamala Harris

FOTO REUTERS

OAKLAND, 19 Ogos - Penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun di kampung halaman Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris di sini pada Ahad, menjelang Konvensyen Nasional Demokratik.

Membawa papan tanda dengan mesej seperti 'Kamala, kami menonton dan mengundi', penunjuk perasaan berarak menggesa gencatan senjata di Gaza dan sekatan senjata ke atas Israel.

"Kami benar-benar mahu melihat perubahan dasar Israel, bukan hanya kata-kata, bukan hanya di bibir," kata aktivis Alice Robinson dari Jewish Voices For Peace Bay Area.

Beberapa penunjuk perasaan berkata mereka seterusnya akan turun ke jalan-jalan di Chicago iaitu lokasi konvensyen yang akan berlangsung.

Konvensyen Nasional Demokratik akan diadakan semalam empat hari bermula Isnin.

"Kami akan pergi ke jalan raya, kami akan meneruskan semua mesej ini dan mengikat mesej gencatan senjata.

"Kami melihatnya sebagai sesuatu yang sangat teruk, ketika rakyat dihimpit dengan kos sara hidup yang melambung tinggi, wang tersebut tidak sepatutnya digunakan untuk mengebom kanak-kanak di Gaza yang tidak berdosa." kata NGO Arab Resource & Organizing Centre, Wassim Hage.

Gabungan kira-kira 200 pertubuhan keadilan sosial meneruskan rancangan mereka untuk berarak di konvensyen itu. - REUTERS

TETITIA YUSOFF