fb fb fb fb fb

Seorang maut enam hilang, kapal layar mewah karam di Sicily

FOTO REUTERS

ROME, 19 Ogos - Seorang maut dan enam hilang pada Isnin selepas kapal layar sepanjang 56 meter mereka karam di luar pantai Sicily, kata pegawai.

Manakala 15 pelayar berjaya menyelamatkan diri.

"Pagi ini sekitar pukul 5:00 pagi waktu tempatan berikutan ribut ganas, sebuah kapal layar sepanjang 56 meter dikenali sebagai Bayesian, mengibarkan bendera British berhampiran Porticello," kata pengawal pantai Itali dalam satu kenyataan.

Mangsa yang masih hilang ialah warga Britain, Amerika dan Kanada.

Kapal layar itu membawa 22 orang termasuk 10 anak kapal.

Lapan daripada 15 orang yang selamat, termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun telah dipindahkan ke hospital tempatan. Kesemuanya berada dalam keadaan stabil, lapor media tempatan.

Pasukan penyelamat dengan helikopter masih melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Media Itali sebelum ini melaporkan bahawa gelombang laut kira-kira menyerupai puting beliung kecil telah membadai kapal itu. - AFP

TETITIA YUSOFF