fb fb fb fb fb

Sungai 'mati' di Bangladesh

DHAKA, 20 April - Dua dekad lalu Mohammad Jahid datang untuk mencari rezeki sebagai tukang perahu di sungai Buriganga.

"Ketika itu air bersih, kami boleh makan, mandi di dalamnya... Sekarang sudah pertengahan Mac dan air menjadi gelap. Pada tahun ini kira-kira 80% daripada kami (pemandu bot) menghadapi masalah mata. Mata kami menjadi merah, bengkak, dan tidak dapat melihat dengan betul," kata Mohammad Jahid.

Kini ikan sudah jarang ditemui di sungai itu dengan keadaan air keruh akibat pencemaran pembuangan sisa industri dan manusia yang semakin berleluasa.

Bagaimanapun penduduk tidak mempunyai pilihan, selain terpaksa mandi di perairan Buriganga yang tercemar.

(FOTO REUTERS)

Buriganga, atau 'Ganges Lama', sangat kotor sehingga airnya kelihatan hitam legam dan mengeluarkan bau busuk. - REUTERS

Media Baharu