fb fb fb fb fb

67 juta kanak-kanak terlepas vaksin kerana COVID-19

AMERIKA SYARIKAT, 20 April -Kira-kira 67 juta kanak-kanak seluruh dunia terlepas sebahagian atau sepenuhnya vaksinasi rutin antara tahun 2019 dan 2021, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.

Situasi itu, terutama ketika pandemik COVID-19 terus menjejaskan penjagaan kesihatan global. Sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai potensi wabak polio dan campak.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lebih sedekad usaha imunisasi rutin terhadap kanak-kanak telah terganggu melibatkan 122 buah negara.

"Lebih sedekad hasil susah payah dalam imunisasi rutin kanak-kanak telah terhakis," laporan baharu daripada agensi kanak-kanak PBB, UNICEF.

Cabaran kini dalam mengambalikan liputan vaksinasi itu ke landasan.

(FOTO HIASAN)

"Membimbangkan, kemerosotan ketika wabak berlaku pada penghujung satu dekad apabila, pertumbuhan dalam imunisasi kanak-kanak telah terbantut," kata laporan itu. -

"Vaksin memainkan peranan sangat penting yang membolehkan lebih ramai kanak-kanak hidup sihat, panjang umur," Brian Keeley, ketua editor laporan itu. - AFP

Media Baharu