fb fb fb fb fb

Siasatan tragedi rempuhan di Yaman dimulakan

YAMAN, 20 April - Pihak berkuasa dan forensik mulakan siasatan tragedi yang telah meragut 80 nyawa, susulan kejadian rempuhan di sebuah pusat bantuan di Bab Al-Yaman, Sanaa.

Tragedi terbaharu yang melanda negara termiskin di Semenanjung Arab itu berlaku beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri.

Golongan wanita dan kanak-kanak antara yang turut maut, mangsa yang maut dan cedera dipindahkan ke hospital berdekatan.

Bantuan kewangan diagihkan di sekolah oleh para peniaga secara rawak bernilai 5,000 riyal Yaman atau AS$9 seorang.

Pihak Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan memaklumkan dua peniaga yang bertanggubjawab dalam program amal tersebut telah ditahan.

(FOTO REUTERS)

Yaman terperangkap dalam perang saudara sejak akhir tahun 2014.

Peperangan itu telah menyaksikan puluhan ribu orang terbunuh, menyebabkan 4 juta orang hilang tempat tinggal dan mendorong Yaman ke ambang kebuluran. - REUTERS

Media Baharu