fb fb fb fb fb

320 tentera Sudan lari ke Chad

CHAD, 20 April -Kira-kira angota 320 tentera Sudan melarikan diri ke negara jiran iaitu, Chad.

Bagaimanapun menurut pihak berkuasa Chad, kesemua mereka telah ditahan dan dilucutkan senjata.

Menurut Menteri Pertahanan Chad, Daoud Yaya Brahim; anggota tentera berkenaan melarikan diri kerana takut dibunuh oleh pasukan separa tentera RSF.

Seramai 320 anggota tentera dan polis telah memasuki wilayah Chad, di mana "semuanya telah dilucutkan senjata dan ditahan," lapor Agensi Anadolu, memetik Jeneral Daoud Yaya Brahim ketika bercakap pada sidang media.

Tambah Daoud lagi, walaupun pertempuran itu hanya melibatkan Sudan namun pihaknya tetap berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.

Chad juga telah mengambil semua langkah yang perlu dalam menghadapi krisis berkenaan.

Chad telah menutup pintu sempadannya pada Sabtu yang melibatkan lebih seribu kilometer kawasan berpadang pasir.

Kawasan berkenaan kerap menjadi laluan kumpulan pemberontak untuk menyeberangai bagi kedua-dua negara.

(FOTO AFP)

Pada masa sama ribuan rakyat telah melarikan diri akibat pertempuran.

Dianggarkan 10,000 hingga 20,000 pelarian Sudan telah didaftarkan, kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan.

Misi bersama agensi PBB termasuk UNHCR, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Program Makanan Sedunia (WFP) dapat "menyaksikan kemasukan pelarian baharu Sudan" di tiga tapak pertama yang dilawati, kata Laura Lo Castro, wakil UNHCR di Chad pada Selasa.

UNHCR menyuarakan "kebimbangan yang mendalam" terhadap keselamatan orang awam di kawasan yang terjejas akibat pertempuran.

“Peningkatan keganasan ini hanya akan menghalang tindak balas kemanusiaan dan menjejaskan kestabilan dalam mencari penyelesaian terhadap berjuta-juta orang yang terpaksa melarikan diri di rantau ini,” menurut agensi itu.

Chad menempatkan lebih 600,000 pelarian, termasuk hampir 400,000 dari Sudan, menurut angka terkini UNHCR.- REUTERS

Media Baharu