fb fb fb fb fb

Kesatuan Pekerja Argentina protes

BUENOS AIRES, 20 April - Kesatuan Pekerja Argentina turun ke jalanan berhubung situasi kos sara hidup dan perjanjian pinjaman dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Di Buenos Aires, peserta demonstrasi itu turut mendirikan khemah di depan Istana Presiden seklaigus membolehkan mereka bermalam di kawasan berkenaan.

Perjanjian dengan IMF telah mendorong kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan sosial.

Perjanjian pinjaman dengan IMF melibatkan AS$44 bilion.

(FOTO REUTERS)

Pada masa sama rakyatnya pula sedang bergelut untuk bertahan dengan kadar inflasi yang meningkat. - REUTERS

Media Baharu