fb fb fb fb fb

Sultan Brunei umum rombakan kabinet

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun- Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenan mengumumkan rombakan Kabinet menerusi titahnya yang disiarkan di seluruh negara, semalam.

Baginda bertitah kabinet baharu akan berkhidmat untuk tempoh empat tahun.

Buat julung-julung kalinya juga, wanita dilantik sebagai menteri iaitu Menteri Pendidikan, Romaizah Mohd Salleh.


(Menteri Pendidikan, Romaizah Mohd Salleh)

Sementara itu, Sultan Bolkiah mengekalkan jawatan tertingginya selaku Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri, Menteri Pertahanan merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi.

Manakala Menteri-Menteri Kanan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei, Haji Awang Abu Bakar; Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Haji, Ali dan Menteri Pembangunan Haji, Suhaimi tidak lagi dilantik menganggotai barisan Kabinet.

Kali terakhir rombakan kabinet Brunei ialah pada Januari 2018.

Media Baharu