fb fb fb fb fb

Enam maut dalam serangan bersenjata ke atas pelajar sekolah

SALAMANCA, 8 Jun- Seorang lelaki bersenjata membunuh lima pelajar sekolah menengah dan seorang dewasa dalam satu insiden tembakan jalanan di Guanajuato, Mexico.

Menurut polis, penembak melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar Isnin lalu, membunuh tiga lelaki dan dua perempuan berusia antara 16 dan 18 tahun, serta seorang wanita berusia 65 tahun yang berada di kawasan sama.

Tembakan beramai-ramai itu berlaku hanya dua minggu selepas lapan wanita dan tiga lelaki terbunuh dalam serangan balas dendam membabitkan kumpulan ke atas dua bar dan sebuah hotel di Celaya, bandar lain di Guanajuato.

Terletak di pusat perindustrian Mexico dan menjadi kilang penapisan dan saluran paip utama, Guanajuato antara satu negeri paling ganas di Mexico akibat pertikaian antara kartel Santa Rosa de Lima dan Generasi Baru Jalisco.

Kumpulan terbabit berjuang untuk mengawal laluan pengedaran dadah dan bahan api yang dicuri.

Sejak Disember 2006, apabila kerajaan melancarkan operasi antidadah tentera yang kontroversi, Mexico merekodkan lebih 340,000 pembunuhan yang dipercayai terancang. - AFP


(GAMBAR FAIL/ AFP)

Media Baharu